Friday, September 9, 2011

semester baru..


Assalamualaikum Warahmatuallah...

wahh rasanya sudah lama aku tak mengupdate blog.. hari nie rasa rajin sikit so aku dengan senang hati menaip sambil mendengar lagu2 cinta yang berkonsepkan islamik.. bukan nasyid tapi lagu cinta yang ada unsur2 islam.. pandai pandai la korang fahamkan sebab aku rasa macam lagi berbelit ja.. hehehe..

okay lupakan pasal itu, yang aku nak ceritakan sekarang nie...semester 2 telah aku tinggalkan dan kini semester 3 sedang menanti.. esok dah mula kelas..seperti yang korang sedia maklum aku belajar kat utara so mula kelas hari ahad.. Alhamdulilah pagi jumaat kami dah sampai.. me and my roomate.. Yana..

kami sampai sini pukul 5 pagi.. sangat awal kan sebab bas tue bawak laju.. cuma berhenti kat Yong Peng and petronas ja.. itu pun sekejap.. kami dapat seat belakang sekali memang best tapi macam open sangat pulak.. hehehe...

Pukul 9 kami ambil kunci kt pejabat SME BANK..Alhamdulilah masih dibilik yang sama,roomate yang sama dan jiran yang sama.. :) sampai bilik, kemas2 barang sikit2.. then tidur sat.. bangun kemas bilik.. mop dan basuh bilik bagi bersih.. settle semuanya.. tapi aku tak buat sorang la, with yana... :)

Sem 3 aku tak nak main2 dah.. aku nak berubah secara perlahan lahan... InsyaAllah istiqamah selalu.. doakan aku ya... :) aku tak nak hampakan mak ayah aku.. apa yang aku dah buat sem lepas aku tak akan ulanginya lagi.. dan apa yang berlaku pada aku sebulan yang lepas benar2 membuatkan aku faham mengenai cinta.. eh apasal masuk pasal cinta pulak nie..

Pasal itu, biarlah hanya aku dan Allah aja yang taw.. cuma apa yang aku nak sampaikan, cintailah dia kerana Allah... kerana cinta sayang dan rindu adalah milik Allah.. jangan korang paksa diri korang untuk terima dia,sebab korang rasa kesian..

cinta cinta cinta.... hehehe.. sorry emo pulak... cinta pada Allah, pada Nabi, pada Islam.. pada keluarga... okay aku rasa macam dah mengarut ja.. so aku stop dulu ya...

Wassalam...

p/s: sekarang aku addicted dengan KCB series.. SubhanAllah.. :)


No comments:

Post a Comment