Wednesday, June 22, 2011

nak bagitaw

Assalamualaikum Warahmatuallah...

aku nak bagitaw yang aku sangat care kan dia..
aku nak bagitaw yang aku sayang dia..
aku nak bagitaw yang aku suka dia seperti adik aku sendiri..
aku nak bagitaw yang aku nak tengok dia berjaya..
aku nak bagitaw yang aku nak dia berubah menjadi lebih baik...

seandainya dapat aku putarkan masa..
aku akan bantu dia..
mengubah masa depan dia menjadi lebih baik...
aku hanya mampu berdoa dan terus tabah..
terus menjaganya..
semoga Allah dapat membantu aku..
Amin Amin..

p/s: u know how much i care about u.. x terkata banyaknya.. x mampu dilafazkan dengan kata2...:(

Tuesday, June 7, 2011

kerja lagi..

Assalamualaikum WArahmatuallah..

hari nie hari pertama aku mula kerja kat GZ
tempat kerja lama aku before aku masuk u..
aku cuma mengisi masa lapang aja..
yang penting aku dapat duit.. hehehe...

bila dapat gaji nanti.. macam macam aku nak beli..
aku nak beli handphone,aku nak beli novel banyak banyak..
aku nak beli tue aku nak beli nie..
ok jangan berangan sekarang
sebab duit x da sekarang..
bila dah ada depan mata baru ko boleh berangan,, tq..:D






aku nak yang pink..:D





Ini Dalam pemerhatian..:D


bila lalu depan Funky tribe..
teringat seseorang.. dulu ada seseorang yang aku minat kerja kat situ..
umur dye 21 tahun.. budak utm..
mengamit kenangan..
okay hari nie best sikit sebab aku jumpa KAm and Azam..:D
i thought akan jumpa kam hari sabtu ahad actually tak..:D
kam and azam nie rakan sekerja aku..

kam aku anggap kawan baik aku sendiri.. lagipun dye non muslim...
azam pulak dah macam adik aku sebab budak nie muda 3 tahun dari aku..:D
cuma ada beberapa orang yang aku tak kenal sebab
masa aku masuk kerja dulu
depa x masuk lagi..
and ada kakak yang dah berhenti kerja..
miss moment with them.. :D

Alhamdulilah.. hari nie Allah tolong aku..
ada something wrong yang aku buat tadi...
Alhamdulilah Allah bantu aku..
almaklumlah 1st time kerja..:D

aku janji akan buat yang terbaik..
aku nak jadi insan yang sentiasa merendah diri..
semua manusia sama walaupun mereka berlainan bangsa dan budaya..
sebab Allah x pandang tue semua
tapi Allah melihat pada Takwa seseorang itukan..:D

ha aku nak g indonesia boleh tak?
nak jumpa Dude HArlino..
okay aku merepek.. :D
terima kasih baca blog aku...:D



pria idaman..:D

p/s: Alhamdulilah.. semoga esok lagi baik dari hari nie..:D


Thursday, June 2, 2011

Dalam Mihrab Cinta

Assalamualaikum Warahmatuallah..

Hari tue aku ada bagitau kan yang aku beli novel DALAM MIHRAB CINTA..dalam post yang lepas.. then hari tue aku p kipmart sebab nak isi form kerja.. untuk makluman aku akan megisi masa lapang aku dengan bekerja ya.. boleh jugak tolong mak aku ngan ayah aku sikit.. dapat beli handphone baru.. okay its enough.. tersasar sat ke tempat lain.. masa kat kipmart ada dvd cerita nie.. so aku dengan hati yang gembira tak terkata+excited amik dvd tue dan bayar.. novel tak habis baca lagi.. tidak mengapa... nanti aku nak beli yang original punya.. heee...:D



Excited sungguh aku nak tengok movie nie.. sebab... movie nie dari novel dan penulisnya adalah HABIBURAHMAN AL SHIRAZY... aku suka baca novel karya beliau.. islamik dan memang mantap... siapa siapa yang belum dapatkan sila sila la beli 1.. :D dan sebab ada pelakon kegemaran aku.. hehee.. kalau aku bagitaw tak tahu la hangpa kenal dak.. sebab pelakon nya dari seberang...dia selalu berlakon sinetron..

nielah pelakon yang aku minat tue..:D


Cerita dia memang best.. aku ceritakan sikit naa.. cerita nie mengisahkan tentang syamsul yang belajar kat Pesantren Al Furqan.. suatu hari berlaku 1 kes kecurian. Sebenarnya Burhan yang merancang kecurian tue.. dia nak sabotaj syamsul agar dye dituduh mencuri.. Burhan mintak tolong Syamsul ambilkan dompet yang tertinggal kat almari,then Syamsul p la ambil.. pada masa yang sama, ada 2 orang macam spy sembunyi kat bilik Syamsul nie.. then depa ingat Syamsul nak mencompet(curi) depa pun teruih la tangkap Syamsul.. Syamsul dituduh mencompet sedangkan dia adalah korban fitnah(mangsa fitnah).. hukumannya Syamsul dibuang pesantren dan dibotakkan..

Kemudian keluarga syamsul datang dan membawanya pulang.. mereka pun mentuduh syamsul mencuri.. kecuali mak dan adik perempuannya iaitu Nadia.. mereka tetap menyokong Syamsul tapi pada masa yang sama mereka seolah ragu dengan Syamsul. Syamsul decide untuk pergi dari rumah dan akan pulang 1 hari nanti.. dia pun keluar dari rumah dan pergi ketempat yang dia pun tak pasti..disebabkan wang yang dia ada dah habis dan teramat amat lapaq dia tiada pilihan lain selain mencompet.. dia dah cuba merayu untuk berhutang tapi tak diterima.. hmm adakah Syamsul akan menjadi pencompet(pencuri) untuk selamnya?? Ha.. jadi silalah beli novel dia ya.. terima kasih.. :D

Dalam novel nie turut dimuatkan kisah cinta antara silvie dan Syamsul... and macam macam la.. memang best.. tak excitedlakan kalau aku bagitaw ending dye.. so hangpa tengok la naa..

Ketika entry nie dibuat aku sedang melayan lagu DALAM MIHRAB CINTA by Afgan..:D


p/s: sesungguhnya Allah menciptakan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..:)