Thursday, March 29, 2012

Lost World Of Tambun Part 2


Assalamualaikum warahmatuallah... :)

La ni baru sempat nak update blog.. Nie ha.. cheq nak sambung cerita pasai pi tambun hari tu. Sibuk yang amat membuatkan cheq tak sempat nak mengupdate cerita masa kat tambun.. Alhamdulilah... lepas una hantaq kami ke Tambun,kami pun apa lagi... masuk dengan perasaan suka gembira..rasa seronok aja yang berada kat kepala ni.. memang tak fikir program and assigment dah.. hehe..

Bayaran dikenakan sebanyak RM 45 sahaja dan ianya sangat la berbaloi kerana macam macam ada dalam ni.. Ada zoo,ada funfair,ada kolam air panas.. ada macam macam la. dan kami belajar mendulang bijih timah. Owh yeah.. tapi semua aktiviti tu hanya dirakamkan didalam minda kami kerana kami tak bawak masuk kamera sebab semua nak mandi so tak ada yang nak pegangkan kamera.. :)

Apa pun objektif kami tercapai.. :) Gambaq kat bawah ni semua lepas kami sudah mandi dan nak balik.. masa ni semua orang tak ada semua orang dah balik.. and we are a last person yang keluar.. anyway sempat juga beli souviner untuk... okay ignore this.. :


Gambar diambil masa tunggu depa.. so kami capture dulu..:)




we are 1 big family... :D


candid time.. bila masa fizah ambil pun cheq tak taw.. :)


super power muslimah.. love u gurls.. :)


all my brother.. sebab depa lagi tua dari aku.. oopppsss...:D


korang ambil gambar dengan siapa tu? hehe


pintu masuk..:) amier and azie..


baa and hani.. :D


its me.. :D




selamat tinggal tambun... :D

Perasaan yang sukar digambarkan... masa ni kami memang gamble la.. hehehe.. masa balik ke Alor setar macam macam berlaku.. anyway,this is not our last percutian,insyaAllah kami akan ketempat lain pula.. :D

selamat study.. :D


Saturday, March 10, 2012

Lost World Of Tambun Part 1


Assalamualaikum Warahmatuallah...

Tadi dah post preview kan sekarang nie ceritanya... Sejak semester lepas,kami telah merancang untuk beramai ramai bercuti. Dan akhirnya semester ini,kami memilih LOST WORLD OF TAMBUN PERAK...yang bertemakan Taman Air..

Kami merancang last minit. Semua yang kami buat last minute. Kami bertolak dari Sintok pada khamis Malam ke Butterworth,Penang dan pergi ke Perak esok paginya. Dengan keadaan yang hujan2 tue,kami redah jugak.. Sebab kan dah penat merancang takkan la nak biar macam tue jakan. Masa yang kami habiskan tue macam sia sia kalau tak jadi.

Nampaknya program kali ini,mencapai objektifnya.
Yang joined percutian kali ini Aku,hani,Azie,Panjang,Amir,yazid,Fizah,baa dan akmal..
pukul 9 malam gerak ke Alor star. Ke penang dalam pukui 12 malam..






masa nie,kami kat Marrybrown Shahab Perdana. even kedai nak tutup tetap duduk makan gara gara lapaq..

Pukui 12 malam bus sampai.Wow,kami naik bas double decker*sambil nyanyi lagu Double decker yang kat iklan TV tue.. Tapi kami semua amik seat bawah kecuali Baa and Amier. Depa berdua amik seat atas..


Masa nie dalam bus..:D

Perjalanan ke Butterworth mengambil masa selama 1 jam setengah ja. Sempat la jugak aku terlelap. Bila sampai butterwort tak tahu nak buat apa.. bayangkan tiket ke Perak pukul 7.45 pagi.. apa kami nak buat?? hai nasib baiklah ada Fauzi,roomate panjang..fauzi datang dengan kereta so Fauzi hantar kami ke R&R.. kat sana ada surau so boleh la tidur dan dapatkan rehat sementara menunggu pagi..


kat R&R ada Pantai.. so aku,Hani,Azie dengan Fizah and Panjang Pi ke Pantai.. Aku suka sangat PAntai sebab rasa tenang aja duduk sana.. Rasa macam x da masalah.. Kesian panjang. Dia jadi babysitter kami.. hehehe.. so kami berempat dibawah tanggungjawab dia.. hehehe..

Kami tidur kat surau yang ada kat sana.. nak tidur nyenyak memang tak lah sebab banyak NYAMUK.. menganggu tidur sajalah.. haish lelap pun berapa jam aja.. Dekat pukul 5 pagi,Fauzi hantar kami semua kembali ke Terminal bus, Butterworth dan solat subuh kat sana..


Lepas solat subuh.. kami gathering balik.. Take a snap sementara menunggu bus...


Amier yang snap picture nie sebab tue gambar dia tak dak.. :D

okie sampai sini ajalah ya.. nanti aku sambung dalam Lost World Of Tambun part 2..:D


Friday, March 9, 2012

Pre Story


Assalamualaikum Warahmatuallah..

Nie pre Story ja kami kat Lost World of TAmbun... just preview only... nantikan ceritanya...:D